SURAT UNTUK SAHABAT
KAU DI HUJUNG DUNIA,
MENCARI SESUAP NASI,
AKU DI SINI MENANTI,
BUKAN KERANA CINTA,
TAPI KERANA PERSAHABATAN KITA.
TOLONG JANGAN SALAH ANGGAP,
RINDU INI BUKAN DUSTA,
TAPI SUDAH SEBATI DENGAN JIWA.
MEREKA TIDAK MEMAHAMI,
APA MAKNA PERSAHABATAN INI,
YANG AKU MAHU,
KAU DAN AKU BERSATU.
KU TETAPKAN JARAK HUBUNGAN INI,
UNTUK KITA MENCARI BAHAGIA SENDIRI,
KAU PERNAH BERKATA TAK ADA SIAPA YANG DAPAT PISAHKAN KITA,
SEBAB ITU AKU MASIH SETIA.
HUBUNGAN INI AKAN KU JAGA SELAMANYA,
HANYA MAUT DAPAT MEMISAHKAN KITA,
SEMOGA KITA BERJUMPA DI SYURGA,
MENJADI SAHABAT YANG SETIA.